Total Assist: 1-800-88-2121

Dokumen Polisi Pemandu Kemalangan Peribadi PLUS (A) / (C)

PEMBERITAHUAN

Bagi tujuan dan maksud sekiranya terdapat konflik atau kekaburan makna di dalam peruntukan Bahasa Malaysia tentang mana-mana bahagian Kontrak, adalah dipersetujui bahawa Kontrak versi Bahasa Inggeris akan digunakan. 

BAHAWASANYA Pemegang Insurans yang dinamakan dalam jadual kepada Polisi ini (seterusnya dirujuk sebagai “Pemegang Insurans”) menerusi satu cadangan dan perakuan (bertarikh seperti yang dinyatakan dalam Jadual) telah memohon kepada PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (seterusnya dirujuk sebagai “Syarikat”) untuk insurans yang dinyatakan di bawah ini (seterusnya dirujuk sebagai “Insurans”). Sebagai pertimbangan untuk pembayaran premium yang dinyatakan dalam Jadual tersebut bagi insurans sedemikian, Syarikat bersetuju untuk menyediakan insurans ini dan butir-butir yang dinyatakan dalam cadangan dan perakuan yang disebutkan di atas (butir-butir yang dengan ini diperakui oleh Pemegang Insurans sebagai benar dan/atau sah) akan menjadi asas bagi kontrak ini dan dianggap sebagai terkandung di dalamnya. 

MAKA POLISI INI MEMPERAKUI bahawa jika, dalam Tempoh Insurans yang dinyatakan dalam jadual bersama ini atau semasa apa-apa tempoh lanjut yang mana Syarikat boleh menerima bayaran untuk penharuan Polisi ini, Dilindungi dan/atau mana-mana orang lain di bawah pekerjaan mereka hendaklah mengalami apa-apa kecederaan anggota yang disebabkan semata-mata dan secara langsung akibat daripada cara luaran dan nyata tidaksengaja bersama dan menjadi sebab tunggal dan langsung kematian Orang yang Dilindungi atau hilang upaya (selepas ini dirujuk sebagai “kecederaan badan” dan keseluruhan sebagai yang “Kemalangan” masing-masing), maka Syarikat akan, tertakluk kepada pematuhan dengan prosedur, terma, peruntukan, syarat, fasal dan/atau pengendorsan yang terkandung di sini, membayar kepada yang diinsuranskan atau, sekiranya berlaku kematian Pihak diinsuranskan, untuk Pihak Diinsuranskan wakil peribadi sah atau waris seperti benefisiari sebagaimana yang ditetapkan kemudian daripada ini, jumlah wang yang dinyatakan dalam Jadual.  

Kontrak Insurans Pengguna 

Polisi dikeluarkan sejajar dengan pembayaran dari premium yang ditentukan dalam Jadual Polisi dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insuran ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh pihak anda pada atau semasa penyerahan borang cadangan (atau semasa permohonan insuran ini) dan pada masa perjanjian ini ditandatangani. Jawapan dan sebarang pernyataan lain yang anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara anda dan pihak kami. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata semasa pra-kontrak berhubung dengan jawapan anda atau di mana-mana pernyataan yang diberikan oleh anda, hanya remedi yang terdapat dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan diguna pakai. 

Polisi ini bertindak atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak insurans seperti yang telah dipersetujui antara anda dan pihak kami.   

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS

KEHILANGAN UPAYA SEDIA ADA 

  • Jika akibat daripada kemalangan, Orang Yang Dilindungi mengalami Kecederaan dan jika Kecederaan tersebut telah atau akan menjadi lebih teruk akibat sebarang kecacatan dan/atau keadaan yang sedia ada sebelum kemalangan berlaku (seterusnya dirujuk sebagai “keadaan”), jumlah sebarang pampasan yang boleh dibayar adalah jumlah yang dianggap oleh Syarlkat, atas budi bicaranya yang tunggal dan mutlak, perlu dibayar jika keadaan tersebut tidak wujud dan kecederaan badan tidak diburukkan oleh keadaan. 

HAD FAEDAH 

  • Had faedah yang dinyatakan dalam Jadual Polisi mengikut Jenis Rancangan yang dipilih. 

UMUM

  • Faedah-faedah ini akan dibayar di samping bayaran daripada polisi lain.
  • Pembayaran akan dibuat tidak kira sama ada pemandu cuai atau tidak.  

ORANG-ORANG YANG DILINDUNGI

Yang Dilindungi hendaklah berusia tidak kurang daripada 16 tahun dan tidak lebih daripada 65 tahun. 

a) Orang yang Dilindungi hendaklah orang yang dinamakan atau yang diberi kuasa.   

PENGECUALIAN-PENGECUALIAN

Perlindungan Insurans tidak meliputi risiko-risiko berikut:- 

1) Kecederaan dan kematian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, secara sepenuhnya atau separanya oleh kemalangan :- 

a) Oleh jangkitan bakteria kecuali septikeamia yang berkaitan secara langsung dengan Kecederaan; 

b) Oleh sebarang jenis penyakit lain dan/atau kesan alergi/alahan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang disebabkan oleh gigitan serangga atau nyamuk; 

c) Semasa pemandu dalam keadaan dipengaruhi oleh minuman keras atau dadah (melainkan diambil atas arahan seorang pengamal perubatan yang berkelayakan dan ia tidak menjejaskan keupayaannya untuk memandu); 

d) Semasa pemandu berada dalam keadaan tidak siuman atau kehilangan upaya mental kerana apa jua sebab; 

e) Semasa kenderaan digunakan atau sedang digunakan untuk perniagaan, usaha, tujuan dan/atau matlamat yang adalah haram dan/atau jenayah atau dalam percubaanya. 

f) Semasa kenderaan digunakan sebagai pengangkutan biasa yang tidak berlesen atau tanpa kebenaran Pemegang Insurans; 

2) Membunuh diri atau sebarang percubaan berbuat demikian (sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman). 

3) Kecederaan dan kematian yang berlaku kerana peperangan, penyerangan, tindakan musuh asing, pertempuran atau operasi peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa, kegiatan gerila atau gerila bandar, tindakan keganasan, pemerintahan tentera atau keadaan pengepungan. 

4) Kecederaan dan kematian yang berlaku semasa kenderaan digunakan untuk berlumba, rali jalan, menentukan rentak perlumbaan, ujian kelajuan atau sebarang tujuan berkaitan dengan perniagaan motor. 

5) Insurans ini tidak melindungi kematian, kecederaan Orang Yang Dilindungi atau memberikan sebarang tanggungan kerugian terhadap liabiliti yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada HIV (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia) dan/atau penyakit-penyakit yang berkaitan HIV tetapi tidak terhad kepada AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) dan/atau sebarang derivatif mutasi atau variasi daripadanya   

JADUAL FAEDAH

Had Faedah Bagi Setiap Orang

Perlindungan Pilihan (Seperti Dicetak Dalam Jadual Polisi)

SEKSYEN 1 – KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN (KEHILANGAN NYAWA) 

Apabila kecederaan mengakibatkan kematian (kehilangan nyawa) Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan, Syarikat akan membayar 100% daripada Jumlah Yang Diinsuranskan.   

SEKSYEN 2 – KEHILANGAN UPAYA KEKAL DAN (KEHILANGAN PENGLIHATAN)  

Apabila kecederaan tidak mengakibatkan kematian (kehilangan nyawa) yang diinsuranskan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kemalangan, tetapi secara langsung menyebabkan mana-mana kehilangan berikut dalam tempoh dua belas (12) bulan tersebut, Syarikat akan membayar:  

PERATUSAN JUMLAH YANG DIINSURANSKAN BAGI SETIAP ORANG 

Kehilangan kedua-dua belah tangan atau kedua belah kaki  …………………………………………..… 100%

Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata……………………….......……………………..........…...… 100% 

Kehilangan penglihatan sebelah mata dan kehilangan sebelah tangan atau sebelah kaki  … 100%

Lumpuh Sepenuhnya ……………………….......................................……..................…………...........…… 100%

Kehilangan sebelah tangan atau sebelah kaki  …………………………………….........…….......…..……… 50% 

Kehilangan penglihatan sebelah mata  ………………………………...………….….................….....…..…… 50% 

  * Kehilangan dinyatakan di atas yang merujuk kepada tangan atau kaki bermakna terputus sepenuhnya pada atau di atas paras sendi pergelangan tangan atau buku lali, atau kehilangan penggunaan anggota, dan yang merujuk kepada kehilangan penglihatan bermakna kehilangan penglihatan sepenuhnya dan tidak boleh dipulihkan. 

 Kejadian mana-mana kehilangan tertentu untuk mana pampasan perlu dibayar di bawah seksyen 1 & 2, akan dengan serta merta menamatkan segala insurans di bawah Polisi ini, tetapi penamatan sedemikian tidak akan menjejaskan hak terhadap sebarang tuntutan yang berbangkit secara langsung daripada Kemalangan yang menyebabkan kehilangan tersebut. 

Di mana lebih daripada satu kehilangan atau tuntutan timbul daripada Kemalangan, Pemegang Insurans atau wakil berkaitan yang sah di sisi undang-undang hanya berhak untuk membuat satu tuntutan untuk kecederaan atau kematian, yang mana lebih tinggi. Agregat semua pembayaran bagi mana-mana satu Kemalangan tidak boleh melebihi had faedah yang dinyatakan dalam Jadual Polisi.   

SYARAT-SYARAT

1. Polisi ini dan jadualnya hendaklah dibaca bersama sebagai satu kontrak dan sebarang perkataan atau pernyataan yang disertakan dengan makna khusus dalam mana-mana bahagian polisi atau jadual hendaklah membawa makna khusus yang sama di mana sahaja ia digunakan. Di mana sahaja dalam polisi ini perkataan “Syarikat” digunakan, ia hendaklah bermakna Syarikat yang mengeluarkannya, dan di mana sahaja perkataan “Pemegang Insurans” digunakan, ia hendaklah bermakna pencadang yang dinamakan dalam borang cadangan. Di mana sahaja perkataan “Kecederaan” digunakan, ia hendaklah bermakna kecederaan badan yang berlaku seperti dihuraikan dalam fasal yang menginsuranskannya. 

2. Insurans ini tidak akan berkuatkuasa sehingga premium sepenuhnya sebenarnya telah dibayar kepada dan diterima oleh Syarikat dan pembayaran bagi sebarang premium tidak akan dianggap sebagai pembayaran kepada Syarikat melainkan resit bercetak dikeluarkan oleh wakil yang diberi kuasa oleh Syarikat telah dikeluarkan untuknya. 

3. Semua notis yang perlu diberikan oleh Pemegang Insurans kepada Syarikat mestilah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Syarikat atau Cawangan tempatan yang terdekat. 

4. Sekiranya cadangan atau perakuan Pemegang Insurans tidak benar dalam sebarang hal atau jika sebarang fakta penting yang boleh menjejaskan risiko disalahnyatakan di dalamnya atau gagal dinyatakan, atau jika insurans ini atau sebarang pembaharuannya diperolehi dengan memberikan sebarang pernyataan silap, salah nyata atau gagal dinyatakan, atau jika sebarang tuntutan yang dibuat adalah palsu atau ditokok tambah, atau jika sebarang perakuan atau pernyataan palsu dibuat untuk menyokongnya, maka dalam sebarang kes tersebut, Polisi ini akan dianggap terbatal dan semua faedah di bawahnya akan lupus. 

5. Pemegang Insurans (atau wakil peribadi Pemegang Insurans yang sah di sisi undang-undang), atas perbelanjaan Pemegang Insurans sendiri, hendaklah menyerahkan kepada Syarikat segala sijil, maklumat dan keterangan yang mungkin diperlukan oleh Syarikat dan Pemegang Insurans hendaklah, pada bila-bila masa diperlukan dengan sewajarnya berbuat demikian, menjalani pemeriksaan perubatan bagi pihak Syarikat. Sekiranya Pemegang Insurans meninggal dunia, Syarikat berhak, di mana tidak dilarang oleh undang-undang, untuk meminta pemeriksaan bedah siasat dijalankan atas perbelanjaannya sendiri dan di mana notis hendaklah diberikan kepada Syarikat mengenai tempat dan masa untuk sebarang perbicaraan penyiasatan yang ditetapkan. 

6. Apabila berlaku sebarang kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Polisi ini Pemegang Insurans hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas kemalangan berlaku memberi notis kepada Syarikat dengan butir-butir penuh mengenai kemalangan dan kecederaan dan hendaklah secepat mungkin mendapatkan dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan yang wajar. Notis bertulis oleh atau bagi pihak Pemegang Insurans yang diberikan kepada Syarikat dengan butir-butir penuh hendaklah dianggap sebagai notis kepada Syarikat. Kegagalan meberikan notis bertulis sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan tidak akan menjejaskan kesahihan sebarang tuntutan sekiranya dapat dibuktikan bahawa adalah mustahil secara munasabah untuk memberikan notis bertulis tersebut dan bahawa notis bertulis tersebut telah diberikan secepat mungkin yang boleh. Apa yang bermaknanya munasabah akan ditentukan oleh Syarikat atas budibicaranya. Penerimaan notis dengan butir-butir penuh adalah syarat terdahulu untuk apa-apa liabiliti Syarikat untuk membayar tuntutan. 

7. Setelah menerima notis mengenai tuntutan, Syarikat akan menyerahkan kepada orang yang membuat tuntutan segala borang-borang yang biasanya disediakan oleh Syarikat untuk tujuan mengemukakan tuntutan dan bukti kehilangan.  

8. Segala tuntutan di bawah polisi ini hendaklah dikemukakan menerusi Pemegang Insurans. Bukti yang mengesahkan kehilangan mesti diserahkan kepada Syarikat dalam tempoh seratus lapan hari selepas berlakunya kemalangan tersebut. Jika sebarang had tempoh dalam polisi ini berkaitan dengan pemberian notis tuntutan atau penyerahan bukti kehilangan adalah kurang daripada yang dibenarkan oleh undang-undang negara di mana Pemegang Insurans bermastautin pada masa polisi ini dikeluarkan, had tersebut dengan ini dilanjutkan supaya bersamaan dengan tempoh minimum yang dibenarkan oleh undang-undang tersebut. 

9. Pampasan bagi kematian Pemegang Insurans akan dibayar kepada wakil peribadi Pemegang Insurans yang sah di sisi undang-undang. Semua faedah lain di bawah polisi ini yang perlu dibayar kepada orang selain daripada Pemegang Insurans hanya akan dibayar setelah diluluskan oleh Pemegang Insurans dan akan dibuat secara langsung kepada orang yang cedera atau wakilnya yang sah di sisi undang-undang, dan penerimaan olehnya akan merupakan pelepasan penuh kepada orang tersebut. 

10. Syarikat berhak sepenuhnya untuk membatalkan Polisi ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis empat belas (14) hari kepada Pemegang Insurans menerusi surat berdaftar ke alamat terakhir Pemegang Insurans yang diketahui oleh Syarikat seperti yang tercatat dalam rekod-rekod Syarikat. Notis tersebut akan anggap diterima pada hari kelima (5) selepas kiriman. Sekiranya ini berlaku Syarikat hendaklah, apabila diminta, memulangkan kepada Pemegang Insurans bahagian bersekadar premium yang bersamaan dengan tempoh insurans yang belum lupus. 

11. Polisi ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pemegang Insurans dengan memberikan notis bertulis kepada Syarikat dan sekiranya ini berlaku tiada bayaran akan dikembalikan kecuali pada pertimbangan istimewa diberikan oleh Syarikat. 

12. Syarikat tidak akan terikat oleh sebarang penyerahan hak kepentingan di bawah Polisi ini melainkan dan sehingga dokumen asal atau salinannya dikemukakan kepada dan diperakui oleh Syarikat. Syarikat tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang hal terhadap kesahihan penyerahan hak. 

13. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana syarat, peruntukan dan syarat-syarat yang terkandung dalam Polisi ini akan membatalkan sebarang atau semua tuntutan yang di kemukakan di bawahnya. 

14. Jika timbul sebarang percanggahan mengenai jumlah tanggungan Syarikat di bawah Polisi ini, percanggahan tersebut secara asing daripada semua soalan lain, hendaklah dirujuk untuk diputuskan oleh seorang Penimbangtara yang dilantik secara bertulis oleh kedua-dua pihak, atau jika mereka tidak bersetuju dengan perlantikan seorang Penimbangtara, untuk diputuskan oleh dua Penimbangtara yang setiap seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam tempoh dua bulan kalendar selepas diperlukan berbuat demikian secara bertulis oleh pihak yang lain dan sekiranya kedua-dua Penimbangtara tidak boleh mencapai persetujuan, percanggahan itu hendaklah diputuskan oleh seorang Pengadil yang telah dilantik secara bertulis oleh kedua-dua Penimbangtara sebelum mula mendengar perkara yang dirujuk dan keputusan hendaklah dibuat sebagai syarat sebelum sesiapa berhak untuk mengambil tindakan terhadap Syarikat di atas sebarang pertikaian berkaitan dengan jumlah tanggungan Syarikat di bawah Polisi ini. 

15. Jika Syarikat menolak tanggungan liabiliti kepada Pemegang Insurans (atau kepada wakil Pemegang Insurans yang sah di sisi undang-undang) bagi sebarang tuntutan di bawah Polisi ini, Syarikat dalam keadaan apa pun tidak akan menerima tanggungan terhadap tuntutan tersebut selepas tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penolakan itu kecuali tuntutan tersebut tertakluk kepada tindakan mahkamah atau penimbangtaraan. 

16. Had Wilayah: Seluruh dunia  

KEWAJIPAN PENDEDAHAN

Apabila anda telah memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan anda, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan yang terdapat dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) seperti contoh, anda perlu menjawab soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda selaras dengan remedi di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan perkara-perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan pihak kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan. 

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah.  

WARANTI, PENGENDORSAN DAN FASAL

5P27 FASAL SYARAT SINDROM KURANG DAYA TAHAN MELAWAN PENYAKIT (AIDS)

Insurans ini tidak melindungi kematian atau kehilangan upaya yang secara langsung atau tidak langsung timbul daripada, berlaku kerana atau disebabkan oleh sindrom kurang daya tahan melawan penyakit (AIDS) atau keadaan berkaitan AIDS (ARC) tidak kira bagaimana sindrom ini diperolehi atau dinamakan.

5P35 WARANTI PREMIUM

Adalah menjadi syarat khas asasi dan mutlak kepada kontrak insurans ini bahawa semua premium yang perlu dibayar mesti dibayar dan diterima oleh Syarikat Insurans dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh berkuatkuasanya Polisi / Pengendorsan / Sijil Pembaharuan ini. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak ini dibatalkan secara automatik dan Syarikat Insurans berhak untuk mengenakan bayaran premium secara pro rata bagi tempoh mereka menanggung risiko. Di mana premium yang perlu dibayar di bawah waranti ini diterima oleh Ejen Syarikat Insurans yang bertauliah, bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai diterima oleh Syarikat Insurans untuk tujuan waranti ini dan bertanggungjawab membuktikan premium yang perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen insurans, yang tidak bertauliah untuk menerima premium tersebut, terletak pada pihak Syarikat Insurans. 

5P69 WARANTI UMUR (Taxi)

Diwarantikan bahawa orang yang diinsuranskan pada polisi ii adalah berumur di antara 16 sehingga 70 tahun. 

5P73 FASAL SYARAT SEBELUM TANGGUNGAN DITERIMA 

Adalah mematuhi dan penunaian sewajarnya kepada terma, peraturan-peraturan, syarat-syarat, fasal dan pengendorsan polisi ini, setakat mana yang berkaitan kepada apa-apa yang boleh dilakukan atau hendaklah dipatuhi oleh Orang Yang Diinsuranskan (atau wakil Orang Yang Diinsuranskan yang sah di sisi undang-undang) ia akan menjadi syarat-syarat terdahulu untuk membayar sebarang bayaran bagi polisi ini. 

5P74 WARANTI PERLANJUTAN UMUR

Sebagai balasan bagi premium terdahulu, Syarikat dengan ini bersetuju dan mengistiharkan bahawa insurans di bawah Polisi ini akan diperluaskan perlanjutan had umur orang yang diinsuranskan kepada 75 tahun. 

5P75WARANTI HAD UMUR (16 KE 65 TAHUN) Warranted that the insured person(s) under this policy are between the ages of 16 to 65 years. Diwarantikan bahawa orang yang diinsuranskan di bawah polisi ini adalah di antara umur 16 hingga 65 tahun. 

5P76 WARANTI PEMANDU YANG TIDAK DINAMAKAN 

Adalah dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa orang yang dilindungi di bawah polisi ini akan menjadi pemilik berdaftar (Individu / Syarikat) atau mana-mana pemandu yang tidak dinamakan syarikat yang mempunyai lesen memandu yang sah semasa memandu kenderaan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual. Adalah selanjutnya difahamkan bahawa pemandu tidak dinamakan adalah tertakluk kepada kakitangan tetap, disahkan dan percubaan syarikat itu sahaja. Mana-mana pekerja sementara / sambilan tidak akan dilindungi di bawah polisi ini.   

PENTING

Pemegang Polisi hendaklah membaca Polisi ini dengan teliti dan jika terdapat sebarang kesilapan atau salah tafsiran di dalamnya, atau jika perlindungan tidak mengikut kehendak Pemegang Polisi. Syarikat perlu diberitahu dengan serta-merta dan Polisi dikembalikan untuk diberi perhatian.

Sebarang pertikaian boleh dirujuk kepada: Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) (Dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan) Tel No : 03-2272 2811